Pages

Sunday, 23 December 2012

KPTM Kota Bharu



Hii All's. Im back to my belog. Aku rasa dah kesekian kali aku tak aktifkan belog aku nie. Bukan apa sejak dah sambung belajar aku agak sibuk lah katakan. Banyak assingement yang kene buat. Guess whatt? Aku sekarang dah sambung belajar kat KPTM Kota Bharu. Okey, takde perkataan Universiti pun. Aku sekadar dapat sambung dekat kolej je. Tapi kolej bukan sebarang kolej okeeyy. Bawah MARA!! HAHA. Bangga la sikit kalau tak siapala nak banggakan untuk aku nie. Eceh. Then aku ambil course Diploma Sains usahasama(under) UITM. Ada jugakla perkataan U kat situ. Selepas dapat result SPM aku pun tunggula keputusan UPU. Unfortunately, aku tak dapat ! sob sob sob :'( rakan-rakan aku almost semua sekelas dengan aku dulu dapat matriks. Aku sekadar dapat sambung Form6 aliran sains tapi aku tak nak sebab kena pakai UNIFORM SEKOLAH balik! OMG, i don't want thatt. Tak bermaksud aku benci moment-moment sekolah tapi aku tak nak & tak berapa nak suka belajar balik masuk kelas, berdiri bagi salam, duduk, tengok cikgu tulis kat papan hitam, salin, dengar cikgu bebel, cikgu keluar kelas, 1kelas bising! SEE! aku boleh ngafal skrip suasana dalam kelas. Itu baru dalam kelas belum luar kelas. Tapi akan panjang berjela lah cerita aku nanti. The answer will be BOSAANN . KANN? enggak usah dibilang aku udah tau kok. Heh.

Sambung cerita tadi, aku tak dapat mana-mana & last sekali aku dapat surat dari UNIKOP bakal terima aku sebagai siswi dalam bidang AKAUNTAN. Tapi aku tak minat la pulak dalam mengira-ngira tapi peliknya aku suka subjek matematik. HAHA. Pelik pelik. Surat kedua pulak dari KPTM! haa, nie cerita diaa. Aku buka je surat tuh aku dapat tawaran dalam course Diploma Sains! bukan main gembira sampai terloncat-loncat. Sebaik kepala aku tak tinggi macam zirafah kalau tak habis syiling rumah aku runtuh dek aku penyebabnya. HAHA. Malam tu jugak aku pi telefon semua kawan-kawan aku yang dah berjaya sambung U. HEHE. Bukan nak riak tapi nak kongsi kegembiraan aku. Dia orang tumpang senang. Lega hati aku akhirnya aku dapat tawaran sambung belajar tapi masalahnya disini aku duduk Muar, Johor tapi aku dapat kat Kota Bharu, Kelantan. Walaweii! sangat jauhh. Tapi kehidupan perlu banyak pengorbanan untuk mengecapi kejayaan. Aku pegang kata-kata tuh!

Pada tanggal 5 Jun 2012, aku pun daftar masuk sebagai pelajar KPTM Kota Bharu. Firstly memang 'awkward' tapi lama-lama bertimbun kawan-kawan yang aku 'kumpul' kat sana. HEHE. Ayat tak boleh bla kan. Tapi memang best! suasana belajar pun sangat menyeronokkan dengan lecturers yang banyak membantu. Suasana kat Kelantan juga banyak mengajar aku lebih mendalam tentang ISLAM. Almaklum, Kelantan kan bandaraya Islam yang lebih menonjol dari tempat-tempat lain. Aku akan belajar di Kelantan selama 3tahun iaitu sampai habis pengajian. Doakanlah aku dapat menamatkan pengajian di sana dengan cemerlang. In Shaa Allah. Sesiapa yang dapat sambung belajar dengan aku @ di KPTM tapi cawangan lain aku nak ucapkan SELAMAT BERJAYA. Aku tahu korang boleh & jangan pernah runtuh semangat okey! Believe in Yourself. Tata~ ~ ~ sebelum bersurai aku nak tunjukkan dimana tempat kolej yang aku belajar. Have fun :)

ini adalah KPTM KOTA BHARU kampus Bandar - tempat aku belajar & bersuka duka

ini pula adalah KPTM KOTA BHARU kampus Lembah Sireh khas untuk pelajar-pelajar kejururawatan menimba ilmu di sini

ini adalah logo kolej KEBANGGAAN aku ! LOVE IT <3








Saturday, 22 December 2012

Pelakon Indonesia berlakon dalam Filem @ Drama Malaysia


                                                                    

Korang mesti pernah dengar & tonton kan cerita Msia yg dilakonkan watak dari negara seberang . Aku tersangat-sangatla sokong bila ada pelakon seberang sudi nak berlakon dekat industri tempatan kita yg tak kemana la sangat nie tapi ada 1 benda je yg buat aku rasa sangat kekok & janggal time nak tengok dorang berlakon ! Antara sebab utamanya adalah perbezaan pertuturan bahasa . Aku rasa pada korang mestilah biasa-biasa je kan tapi pada aku itulah antara perkara yg aku sangat entahla .. Aku nie cerewet tapi dalam cerewet-cerewet aku pun ada makna tersirat . Okey , maksud aku sebenarnya cara percakapan dia orang yang 'awkward' mungkin. IYAA! Bahasa adalah universal yang menyatukan semua bangsa tak kira kaum tapi aku tak suka time orang Msia berlakon mesti nak ada loghat ala-ala Indon gitu kecuali kalau ada yang berlakon sebagai orang Indon tu takpela kan. Aku pun tak berapa nak kesah tapi yang paling aku kesahkan adalah apabila pelakon-pelakon Indon sendiri yang berlakon dalam drama @ filem Melayu tempatan tapi dia orang 'still' gunakan bahasa Indonesia juga yang kita-kita nie tetap terikut-ikut bahasa dia orang. Memang tak dinafikan setiap bahasa yang kita tuturkan setiap hari ada keistimewaan yang tersendiri yang kita sendiri pun sukar nak nilai tapi korang tak terperasan yang pelik ke dalam drama-drama yang selalu ditayangkan kat TV tiap hari? Kalau sinetron pula yang aku paling menyampah episod dia bukan main lama & jalan cerita yang buat aku naik bosan sampai aku boleh hafal apa yang akan terjadi seterusnya. Sinetron kalau cerita anak tak hilang, tertukarlah, tamak harta, kalau heroin dia mesti baik gilaaaa. Alahai kalau baik tuh sampai tahap dewa aku rasa, nak dilanyak pun tak reti nak balas balik. Haishh, pusing kepala aku sudah. Antara drama & filem yang aku tak berapa gemar nak tonton. Maaf ye wahai semua produser. Bukan tak best tapi memang TAK best. HAHA. Jangan marah tapi pendapat masing-masing yang mempunyai pandangan yang berbeza. Sila hormati
 >.<










Kesimpulannya disini adalah aku sokong drama & filem Melayu tempatan lebih daripada karya luar negara sebab aku tahu industri kita kaya dengan ilmu yang boleh menghasilkan lebih banyak cerita yang boleh menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tapi perlu diasah lagi sedikit je. Kalau tak pasti UMPHH (",)

Sekian Wasalam - taknak tambah kontroversi tapi pertingkatkan lagilah wahai pengarah-pengarah untuk menghasilkan cerita yang lebih berprestasi tinggi-