Pages

Saturday, 22 December 2012

Pelakon Indonesia berlakon dalam Filem @ Drama Malaysia


                                                                    

Korang mesti pernah dengar & tonton kan cerita Msia yg dilakonkan watak dari negara seberang . Aku tersangat-sangatla sokong bila ada pelakon seberang sudi nak berlakon dekat industri tempatan kita yg tak kemana la sangat nie tapi ada 1 benda je yg buat aku rasa sangat kekok & janggal time nak tengok dorang berlakon ! Antara sebab utamanya adalah perbezaan pertuturan bahasa . Aku rasa pada korang mestilah biasa-biasa je kan tapi pada aku itulah antara perkara yg aku sangat entahla .. Aku nie cerewet tapi dalam cerewet-cerewet aku pun ada makna tersirat . Okey , maksud aku sebenarnya cara percakapan dia orang yang 'awkward' mungkin. IYAA! Bahasa adalah universal yang menyatukan semua bangsa tak kira kaum tapi aku tak suka time orang Msia berlakon mesti nak ada loghat ala-ala Indon gitu kecuali kalau ada yang berlakon sebagai orang Indon tu takpela kan. Aku pun tak berapa nak kesah tapi yang paling aku kesahkan adalah apabila pelakon-pelakon Indon sendiri yang berlakon dalam drama @ filem Melayu tempatan tapi dia orang 'still' gunakan bahasa Indonesia juga yang kita-kita nie tetap terikut-ikut bahasa dia orang. Memang tak dinafikan setiap bahasa yang kita tuturkan setiap hari ada keistimewaan yang tersendiri yang kita sendiri pun sukar nak nilai tapi korang tak terperasan yang pelik ke dalam drama-drama yang selalu ditayangkan kat TV tiap hari? Kalau sinetron pula yang aku paling menyampah episod dia bukan main lama & jalan cerita yang buat aku naik bosan sampai aku boleh hafal apa yang akan terjadi seterusnya. Sinetron kalau cerita anak tak hilang, tertukarlah, tamak harta, kalau heroin dia mesti baik gilaaaa. Alahai kalau baik tuh sampai tahap dewa aku rasa, nak dilanyak pun tak reti nak balas balik. Haishh, pusing kepala aku sudah. Antara drama & filem yang aku tak berapa gemar nak tonton. Maaf ye wahai semua produser. Bukan tak best tapi memang TAK best. HAHA. Jangan marah tapi pendapat masing-masing yang mempunyai pandangan yang berbeza. Sila hormati
 >.<










Kesimpulannya disini adalah aku sokong drama & filem Melayu tempatan lebih daripada karya luar negara sebab aku tahu industri kita kaya dengan ilmu yang boleh menghasilkan lebih banyak cerita yang boleh menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tapi perlu diasah lagi sedikit je. Kalau tak pasti UMPHH (",)

Sekian Wasalam - taknak tambah kontroversi tapi pertingkatkan lagilah wahai pengarah-pengarah untuk menghasilkan cerita yang lebih berprestasi tinggi-

1 comment:

  1. Hahaaa.. Gue aja yg Orang indonesia gak pernah nonton sinetron, sinetron sangat menyebalkan. Orang indonesia sebenernya gak suka nonton sinetron.

    ReplyDelete