Pages

Sunday, 23 December 2012

KPTM Kota Bharu



Hii All's. Im back to my belog. Aku rasa dah kesekian kali aku tak aktifkan belog aku nie. Bukan apa sejak dah sambung belajar aku agak sibuk lah katakan. Banyak assingement yang kene buat. Guess whatt? Aku sekarang dah sambung belajar kat KPTM Kota Bharu. Okey, takde perkataan Universiti pun. Aku sekadar dapat sambung dekat kolej je. Tapi kolej bukan sebarang kolej okeeyy. Bawah MARA!! HAHA. Bangga la sikit kalau tak siapala nak banggakan untuk aku nie. Eceh. Then aku ambil course Diploma Sains usahasama(under) UITM. Ada jugakla perkataan U kat situ. Selepas dapat result SPM aku pun tunggula keputusan UPU. Unfortunately, aku tak dapat ! sob sob sob :'( rakan-rakan aku almost semua sekelas dengan aku dulu dapat matriks. Aku sekadar dapat sambung Form6 aliran sains tapi aku tak nak sebab kena pakai UNIFORM SEKOLAH balik! OMG, i don't want thatt. Tak bermaksud aku benci moment-moment sekolah tapi aku tak nak & tak berapa nak suka belajar balik masuk kelas, berdiri bagi salam, duduk, tengok cikgu tulis kat papan hitam, salin, dengar cikgu bebel, cikgu keluar kelas, 1kelas bising! SEE! aku boleh ngafal skrip suasana dalam kelas. Itu baru dalam kelas belum luar kelas. Tapi akan panjang berjela lah cerita aku nanti. The answer will be BOSAANN . KANN? enggak usah dibilang aku udah tau kok. Heh.

Sambung cerita tadi, aku tak dapat mana-mana & last sekali aku dapat surat dari UNIKOP bakal terima aku sebagai siswi dalam bidang AKAUNTAN. Tapi aku tak minat la pulak dalam mengira-ngira tapi peliknya aku suka subjek matematik. HAHA. Pelik pelik. Surat kedua pulak dari KPTM! haa, nie cerita diaa. Aku buka je surat tuh aku dapat tawaran dalam course Diploma Sains! bukan main gembira sampai terloncat-loncat. Sebaik kepala aku tak tinggi macam zirafah kalau tak habis syiling rumah aku runtuh dek aku penyebabnya. HAHA. Malam tu jugak aku pi telefon semua kawan-kawan aku yang dah berjaya sambung U. HEHE. Bukan nak riak tapi nak kongsi kegembiraan aku. Dia orang tumpang senang. Lega hati aku akhirnya aku dapat tawaran sambung belajar tapi masalahnya disini aku duduk Muar, Johor tapi aku dapat kat Kota Bharu, Kelantan. Walaweii! sangat jauhh. Tapi kehidupan perlu banyak pengorbanan untuk mengecapi kejayaan. Aku pegang kata-kata tuh!

Pada tanggal 5 Jun 2012, aku pun daftar masuk sebagai pelajar KPTM Kota Bharu. Firstly memang 'awkward' tapi lama-lama bertimbun kawan-kawan yang aku 'kumpul' kat sana. HEHE. Ayat tak boleh bla kan. Tapi memang best! suasana belajar pun sangat menyeronokkan dengan lecturers yang banyak membantu. Suasana kat Kelantan juga banyak mengajar aku lebih mendalam tentang ISLAM. Almaklum, Kelantan kan bandaraya Islam yang lebih menonjol dari tempat-tempat lain. Aku akan belajar di Kelantan selama 3tahun iaitu sampai habis pengajian. Doakanlah aku dapat menamatkan pengajian di sana dengan cemerlang. In Shaa Allah. Sesiapa yang dapat sambung belajar dengan aku @ di KPTM tapi cawangan lain aku nak ucapkan SELAMAT BERJAYA. Aku tahu korang boleh & jangan pernah runtuh semangat okey! Believe in Yourself. Tata~ ~ ~ sebelum bersurai aku nak tunjukkan dimana tempat kolej yang aku belajar. Have fun :)

ini adalah KPTM KOTA BHARU kampus Bandar - tempat aku belajar & bersuka duka

ini pula adalah KPTM KOTA BHARU kampus Lembah Sireh khas untuk pelajar-pelajar kejururawatan menimba ilmu di sini

ini adalah logo kolej KEBANGGAAN aku ! LOVE IT <3








Saturday, 22 December 2012

Pelakon Indonesia berlakon dalam Filem @ Drama Malaysia


                                                                    

Korang mesti pernah dengar & tonton kan cerita Msia yg dilakonkan watak dari negara seberang . Aku tersangat-sangatla sokong bila ada pelakon seberang sudi nak berlakon dekat industri tempatan kita yg tak kemana la sangat nie tapi ada 1 benda je yg buat aku rasa sangat kekok & janggal time nak tengok dorang berlakon ! Antara sebab utamanya adalah perbezaan pertuturan bahasa . Aku rasa pada korang mestilah biasa-biasa je kan tapi pada aku itulah antara perkara yg aku sangat entahla .. Aku nie cerewet tapi dalam cerewet-cerewet aku pun ada makna tersirat . Okey , maksud aku sebenarnya cara percakapan dia orang yang 'awkward' mungkin. IYAA! Bahasa adalah universal yang menyatukan semua bangsa tak kira kaum tapi aku tak suka time orang Msia berlakon mesti nak ada loghat ala-ala Indon gitu kecuali kalau ada yang berlakon sebagai orang Indon tu takpela kan. Aku pun tak berapa nak kesah tapi yang paling aku kesahkan adalah apabila pelakon-pelakon Indon sendiri yang berlakon dalam drama @ filem Melayu tempatan tapi dia orang 'still' gunakan bahasa Indonesia juga yang kita-kita nie tetap terikut-ikut bahasa dia orang. Memang tak dinafikan setiap bahasa yang kita tuturkan setiap hari ada keistimewaan yang tersendiri yang kita sendiri pun sukar nak nilai tapi korang tak terperasan yang pelik ke dalam drama-drama yang selalu ditayangkan kat TV tiap hari? Kalau sinetron pula yang aku paling menyampah episod dia bukan main lama & jalan cerita yang buat aku naik bosan sampai aku boleh hafal apa yang akan terjadi seterusnya. Sinetron kalau cerita anak tak hilang, tertukarlah, tamak harta, kalau heroin dia mesti baik gilaaaa. Alahai kalau baik tuh sampai tahap dewa aku rasa, nak dilanyak pun tak reti nak balas balik. Haishh, pusing kepala aku sudah. Antara drama & filem yang aku tak berapa gemar nak tonton. Maaf ye wahai semua produser. Bukan tak best tapi memang TAK best. HAHA. Jangan marah tapi pendapat masing-masing yang mempunyai pandangan yang berbeza. Sila hormati
 >.<










Kesimpulannya disini adalah aku sokong drama & filem Melayu tempatan lebih daripada karya luar negara sebab aku tahu industri kita kaya dengan ilmu yang boleh menghasilkan lebih banyak cerita yang boleh menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tapi perlu diasah lagi sedikit je. Kalau tak pasti UMPHH (",)

Sekian Wasalam - taknak tambah kontroversi tapi pertingkatkan lagilah wahai pengarah-pengarah untuk menghasilkan cerita yang lebih berprestasi tinggi-

Monday, 26 December 2011

Tweet Twitter



Bersua kita kembali . Aku tak terupdate 'status' kat belog sebab aku tak taula nak cerita pasal ape . Tapi pd malam yg penuh dengan keasyikkan ini aku nak cerita serba serbi pasal twitter ni . Okeylah dengan jujur yg datang dpd sudut hati aku yg tak boleh nak dirobek lagi nie nak cakap yg aku bolehla dikatakan ketinggalan zaman pasal twitter . HAHA . Aku tau tak kelakar pun so tak payah pura-pura senyumm .. tu tu tu aku nampak ukiran senyuman korang tuh kat aku !! terima kasih! LOVEKORANGMORE :) 

Aku ada acc twitter sejak aku form3 kot tapi aku jarang sangat buka acc aku tuh sebab .. sebab AKU TAK RETI NAK GUNA!! memang sejujurnya la . Aku nie kolot sngt kot sebab zaman sekarang artis-artis tak kire dlm @ luar negara mesti ade acc twitter so aku pun mengade-ngade la nak buat twitter eventhough aku tak tahu sepatah hape pun yg ade kat kat twitter tuh then aku berhasrat dpt chat dengan dorang lebih dekat dpd kat FACEBOOK .  Aku tak terpikir la pulak yg twitter nie tak macam FB yg penuh dengan notifications yg mengarut-ngarut so aku rasmikan twitter aku pun dengan suka & dengan girang hatinya . Sekali aku masuk twitter lain jadi daaa . Sebab nye kan aku dah bagitau tadi aku tak reti nak guna . Dengan sebab itulah  aku tak tau nak tekan button mane satu then aku nak follow sape then sape pulak yg hingin nak jadik follower aku. Fuhh memang TERBAIK dari LADANG laa ..


Inilah antara salah satu sebab burung yg comel nie buat aku tertarik nak buat acc twitter yg membuatkan aku da lama aku tak kunjungi keadaan twitter aku yg dah dipenuhi dengan 'virus' or 'bakteria' kot . HAHAHA . Takapelah kejap lagi aku pi ziarah la yer . Kepada korang yg memang AKTIF bagai nak rak kat twitter tuh kongsi-kongsi la ilmu dengan aku yg cetek ilmu ICT nie . Tingtong Tingtong !! kepala aku dah pening . Sorry lah korang aku pi update malam-malam buta nie memang sekarang aku takde keje so membebel la kat korang sampai bosan . HEHE . Korang yg berilmu pngetahuan luas dlm bidang 'tweet' nie tolong lah ajarkan aku dlm memajukan sektor twitter aku yg dah lama terbengkalai . Tengoklah sesape yg sudi membantu aku ucapkan berjuta & berbillion terima kasih tau ! Aku tak leh bagi barang tapi ucapan dpd aku yg ikhlas & tulus hati je dapat membalas .. Aku tau yg kaki TWEET-TWEET nie mesti rupanya macam ini kat depan lappy kan ?!


Okey la tuh maksudnya korang seronok dan pandai 'menghargai' masa yang terluang .

Sekian terima kasih kerana sudi membaca bebelan aku yg tak henti-henti lagi tadi .  Kita berjumpa pada lain hari . Minta-minta dipanjangkan umur dan murah rezeki .

Wassalam 

#jumpelagi

Friday, 23 December 2011

Pengalaman Hari Pertama Menjadi Blogger



Hari ni aku nak ceritala serbe sedikit hari prtama jadi blogger . Rasenya takla teruja @ gumbira tapi yela aku buka belog nie pun saje-saje penuhkan hari yg penuh suasana dengan kebosanan . Almaklum baru je habis form5 . Sape je tak gumbira ngan 'kebebasan'  selepas hampir 10tahun duk terperap kat dlm kelas mndengar omelan & bebelan cikgu . Tapi itulah hari yg tak dapat aku lupekan sebab ngan omelan & bebelan cikgu lah aku dapat semangat nak belajar untuk mencapai ape yg aku inginkan . Okey, berbalik ngan citer prtama tadi , aku agak konfiuses nak buka belog yg prtama kalinya nie sebab macam-macam hal nak kene buat . Hasil belog nie pun atas prtolongan anak-anak sedare aku yg lebih muda . Huhu , perasaan yg lebih tua mestila rase malu . HAHAHA . Kan nak belajar , umur bukannya penghalang . Tadi punya hal nak kene buka google lah nak cari itulah inilah semata-mata nak 'perfect'kan belog aku yg memang tak osem langsung pun . Nak buat belog nie pun sebenarnya nak kene amik masa 1/2 hari agaknye baru jadi betul-betul AWESOME . Tapi aku nie jenis simple mimple je nak buat sesuatu benda . Kalau macam-macam yg melekat kat belog nie aku rase mcm sampah yg tak terbuang pulak . MENYEMAK ! HEHE . Aku nie kekadang mulut pedas sebab terlebeh cili tapi sebenarnya hati aku masih ade taman yg berbunga #ayatakunimemangtakbolehblalangsung . Iyela kan manusia  tak kan pernah puas dengan segala benda yg diinginkan . Tapikan korang rase ade perlu nak dititiktambahkan tak dlm belog aku yg tak menarik ni ? korangkan terlebeh terer dpd aku mestilah korang tau kan ;)

sekian , wassalam

#jumpalagi